berita & gambar kredit kepada Mstar & Hmetro, akhbar kesayangan kami.
Kami rasa, ini’lah tajuk terpanjang sejak OHBULAN! mula bertapak di’ dunia internet.
Kebarangkalian besar dapat green light daripada Fasha Sandha, kali ini Rizal Ashram pula membuka suara. Wah, nampak’nya drama realiti perang Twitter ini seakan tiada penghabisan.
“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.” – Rizal Ashram
Semalam, Tiz Zaqyah ada membuat kenyataan di’ akhbar. Kata’nya, Fasha Sandha memang mengarut kerana menuduh’nya cuba menggangu hubungan cinta antara Fasha & Rizal. Seperti kebiasaan, Fasha dengan sikap bimbo’nya sudah pasti membalas segala kenyataan secara terbuka, tetapi kali ini kelihatan lebih kool dengan melibatkan Rizal – secara automatik Fasha jadi innocent.
Lain pula kisah’nya dengan Fizz Fairuz yang berang dengan Fasha Sandha.
“Semasa berita ini tersebar, saya ada mesej pada Fasha melalui Blackberry Massenger untuk bertanyakan kenapa dia perlu libatkan saya dalam hal ini. Fasha balas yang dia ada mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Saya ingatkan dia agar jangan kaitkan lagi nama saya dalam agenda peribadinya itu.”
Kita nantikan sahaja serangan balas daripada Tiz Zaqyah kepada Fasha Sandha nanti. Fun giler seyh!