Tuesday, October 26, 2010

Aidil tuntut jaga anak

KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.
KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.


SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.


“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.


Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.


“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.


Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.


Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.


“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.


“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.


Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.


Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.


Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Monday, October 25, 2010

Nanu baharuddin ady putra buat aksi panas

Siapa tidak kenal dengan pengacara dan juga pelakon, Nanu Baharudin yang sekejap ada sekejap ada. Kalau tidak silap, Nanu dan Ady Putra telah pun melakukan aksi panas atau aksi ranjang mereka. Wow, memang amat menarik dan terkejut apabila mendengarnya. Jarang-jarang dengar berita seperti ini. Apatah lagi Ady Putra merupakan seorang suami. Nanu pula buat untuk pertama kalinya melakukan aksi itu.

Tapi jangan fikir yang lain-lain pula, mereka berdua buat aksi panas tu dalam sebuah babak untuk filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011 tahun depan. Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon. Semasa latihan adegan itu sahaja Nanu sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra. Namun filem ini sudah/masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF).

Thursday, October 21, 2010

Nana x-fm dah melahirkan anak perempuan

Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan (Nana),27, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis kelmarin 21 Oktober 2010, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor. Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.

Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah. Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu. -mStar

Gambar vanidah imran terlebih pose

Vanidah Imran siapa tidak kenal, pelakon serba boleh yang telah mengahwini seorang pelakon yang bernama, Rashidi Ishak. Rumah tangga mereka berdua merupakan adalah yang terbaik daripada golongan artis yang berkahwin. Masih lagi tiada gosip liar yang melanda kehidupan mereka berdua. Diharap berkekalan lah hingga selamanya. Vanida ditemui ketika penajaan Rafflesia untuk 7 orang selebriti wanita tersohor untuk digayakan di Festival Filem Malaysia 23 baru-baru ini. Serba merah begitu, tapi terlebih laju lah pulak..

di sensor akibat permintaan peminat..
 
template by free-web-template.blogspot.com