Wednesday, September 22, 2010

Erra fazira, Esma Daniel mesra sangat?

Wah bukan main romantis lagi artis kita ni, Erra Fazira dan Esma Daniel. Bukan apa aksi romantis mereka ni diambil ketika mereka tengah berlatih untuk Muzikal Tun Mahathir di Lambang Sari baru-baru yang lalu. Bukan itu sahaja, malah Zizan Nin juga turut bersama bagi menjadi watak Tun di masa mudanya, dan Esma Daniel yang menggambarkan Dr Mahathir dalam hari-harinya sebagai Perdana Menteri, manakala Erra pulak menjadi isteri kepada Tun. Memang agak menarik juga jalan ceritanya kalau melihat mereka menjalani latihan ini. -runwitme



Kereta Shahir kali ini remuk akibat kemalangan.

Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak. Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut. Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini. Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan. -mStar
 
template by free-web-template.blogspot.com