Monday, August 23, 2010

Mungkinkah Ini Kekasih Baru Nora Danish?

gambar kekasih baru nora danish

Rileks. Tarik nafas panjang-panjang lelebih lagi kalau anda peminat si janda hangat, Nora Danish. Khabarnya kini Nora Danish sedang berkawan dengan seorang anak Datuk dari Kelantan. Boleh tahan handsome jugak kalau berdasarkan gambar di atas.

Tapi ada spekulasi yang mengatakan bahawa si anak Datuk yang dikenali sebagai Shahrul ini memang baik dengan ramai artis. Mengikut Kosmon, Shahrul sebelum ini pernah bercinta dengan artis Indonesia dan juga Wangi dari Fabulous Cat. So mungkin dia dan Nora Danish cuma kawan biasa sahaja.

So kepada mereka-mereka di luar sana yang menyimpan hati kepada Nora Danish, anda masih ada peluang lagi. Teruskan usaha anda untuk mengorat ND. Selagi belum jadi bini orang, selagi itulah anda berpeluang. Tak gitu?

P.S: Perhatian kepada semua, kami baca komen-komen anda dan cuba untuk delete komen yang mengarut/caci lebih-lebih/hina orang lain. Please berhemah sikit. Jangan sampai kitorang tutup ruangan komen. Pengomen yang bagus contohnya ialah Fact Oriented Person. Cuba jadi cool macam dia ~~ Thanks ~

Wednesday, August 18, 2010

Kekasih Baru Aida Aris Ke nie?

Dalam rancangan Galaksi TV9 baru-baru ini, pelakon Aida Aris ada diwawancara. Dalam rancangan tue, terselit seseorang jejaka yang bernama 'Farid'. Mengikut isinya, Farid ni seorang yang kuat baca buku dan juga bekas teman belajar kepada suami Sharifah Norhaslinda adik-beradik kepada Sharifah Shahira dan isteri keapada Datuk Reezal Merican. Mengikut pandangan, mungkin Farid ni daripada golongan VIP kot. Nampak penampilannya yang segak. Kalau betul, bertuah badan lah Aida Aris ni. Peace.

Memey bersama jejaka kacak?

Seorang teman R terkejut melihat Memey bersama jejaka kacak yang dipercayai bekerja di syarikat minyak dan gas. Melihat kemesraan mereka sambil berpegangan tangan menimbulkan tanya tanda, adakah Memey sudah meninggalkan Norman? Jadi, betullah khabar angin yang bertiup kencang, hubungan Memey dan Norman sudah bernokhtah! Kalau betul cerita yang R dengar ini, R kasihan pada Norman dan Memey. Dulu, muka mereka tebal dua inci apabila ditangkap khalwat, selepas itu tercetus pula drama Norman dan bekas isteri, Abby bergaduh di lokasi penggambaran. Malu lagi.

Memey pula tak sudah-sudah dipersalahkan atas perceraian Norman dan Abby, hingga kini, masih ada yang membencinya. Tapi kesudahan perhubungan mereka, hancus juga! Tentulah orang yang membenci mereka tepuk tangan dan tergelak besar jika mereka berpisah. Malah, mungkin ada yang cakap itulah balasan bagi manusia yang menghancurkan kehidupan orang lain.
Apapun, sukar meneka pergolakan mereka, hanya empunya diri lebih mengetahuinya."Aku lihat dengan mata kepala sendiri, Memey keluar dengan lelaki itu. Lelaki tu teman baik kawan aku. Manja saja gayanya, berjalan pun berpimpin tangan. Bukan sekali dua melihat mereka, kerap jugalah. Aku tidaklah bertanya apa, tapi melihat gaya mereka aku dapat agak mereka sedang dilamun cinta," kata sumber itu kepada R. -Bharian

Nora Danish Pun Ada Kekasih Baru?

Khabarnya, Nora Danish sudah temui cinta baru? Biar betul? Kalau betul siapakah pulak si jejaka yang telah berjaya bertakhta di hati Nora itu? si jejaka berkulit putih ini adalah anak orang kaya yang berasal dari Kelantan. Namanya tak perlulah disebutkan. Cukuplah kalau dinyatakan sebagai S saja. Yang penting dia ni memang kacak orangnya. Rasanya, dia ni suka sangat pakai tali pinggang Hermes. Kebanyakan barang-barangnya juga adalah daripada jenama yang mahal-mahal. Al-maklumlah anak orang kaya.

Si jejaka ni memang kerap menghadiri majlis yang berkaitan dengan dunia entertainment. Kalau tidak silap dulu dia pernah berkawan dengan Wangi - Fabulous Cats. Tapi yang menjadi persoalannya, betul ke Nora Danish ni minat kat S ni. Tue yang payah, yalah Nora kan tak mahu pisang berbuah dua kali. -Murai

Monday, August 16, 2010

Ogy Mahu Tumpu Berniaga

PELAKON terkenal Fauziah Ahmad Daud, 49, atau lebih mesra dipanggil Ogy menyatakan hasratnya untuk memperlahankan aktiviti seni bagi menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang perniagaan.

Dia yang ditemui di Bazar Ramadan Seniman Sabtu lalu memberitahu bakal melancarkan koleksi tudung jenama sendiri dan pakaian kanak-kanak yang diberi nama Che Mina sempana nama anak angkatnya yang kini berusia 2 tahun 11 bulan.

"Saya ambil keputusan untuk perlahankan kerjaya seni kerana mahu tumpukan perhatian kepada dunia perniagaan. Saya mula jatuh cinta kepada bidang ini selepas percubaan pertama berniaga di Hari Keusahawaan di Stadium Bukit Jalil awal tahun lalu.

"Saya rasa puas kerana saya dapat menjalankannya dengan usaha sendiri dan dapat pulangan pada hari yang sama juga. Ia sangat berbeza dengan dunia lakonan.

"Insyaallah, selepas raya saya akan lancarkan koleksi tudung jenama sendiri, Ogy by Fauziah Ahmad Daud dan koleksi pakaian kanak-kanak berjenama Che Mina," katanya yang turut mengupah seorang pereka fesyen baru untuk koleksi pakaian kanak-kanaknya.

Pelakon yang terkenal dengan filem Azura ini juga memberitahu salah satu sebab dia lebih cenderung kepada bidang perniagaan ialah ingin menumpukan perhatian kepada anak angkatnya Nur Aminah Aishah.

"Anak saya sedang membesar dan semakin perlukan perhatian, jika saya berlakon tentu susah untuk menjaga dia. Tapi jika saya berniaga saya boleh bawa dia sekali.

"Ada tawaran berlakon tetapi naskah yang saya terima tidak memberangsangkan. Jadi lebih baik saya berniaga. Lagi pun usia saya sudah 49 tahun lebih elok rasanya saya perlahankan aktiviti seni," ujarnya yang turut membuka dua gerai di Bazar Ramadan Seniman.

Sudah Puas Berubat, Benarkah Razali Hussain Disantau?

PENYANYI dan pelakon Razali Hussain, 34, (gambar) mengakui bimbang dan gusar dengan tahap kesihatannya yang tidak menentu sejak hampir sebulan lalu.

Razali mula demam dan sakit tekak dua hari sebelum pementasan teater Uda dan Dara yang berlangsung pada 10 Julai sehingga 20 Julai lepas.

Menurut jejaka yang mesra disapa Zali itu, pada awalnya dia menganggap keadaan kesihatannya yang merosot adalah sesuatu yang biasa disebabkan pengaruh cuaca.

Malangnya dia bertambah bimbang apabila keadaan dirinya masih belum pulih selepas hampir sebulan mendapatkan rawatan.

"Pada mulanya memang saya tak kisah sangat sebab biasalah sekarang ini pun memang musim demam tapi apabila keadaan kesihatan ini masih tak menentu selepas hampir sebulan, ia sedikit sebanyak membimbangkan saya.

"Sehingga hari ini, tekak saya masih sakit dan batuk berkahak pun masih belum reda. Sudah bermacam jenis ubat dan rawatan daripada yang moden hingga ke tradisional sudah saya jalani tetapi keadaan kesihatan masih tidak banyak berubah," katanya.

Tambah Zali, apa yang lebih membimbangkan bagaimana dia hendak memenuhi undangan nyanyian pada hujung bulan ini dan memulakan rakaman untuk album terbarunya jika keadaan tekak dan suaranya masih belum pulih sepenuhnya.

Jika setakat batuk, mungkin dia masih boleh berkompromi tetapi dengan keadaan suara yang tersekat-sekat, 'pecah' dan adakalanya 'hilang' terus itu benar-benar mengganggu fikiran juara program realiti, Audition 2 ini.

"Saya masih boleh berkompromi dengan sakit tekak dan batuk berkahak tetapi apabila suara sering 'hilang' dan tersekat-sekat bagaimana saya hendak memenuhi undangan nyanyian yang diterima.

"Hujung bulan ini saya mendapat undangan nyanyian untuk beberapa majlis tetapi dengan keadaan begini saya amat risau," katanya.

Ditanya adakah penyakit itu disebabkan terkena santau orang, Zali bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan menolak sebarang perkara mistik ataupun dengki khianat manusia.

"Sakit yang menyerang saya adalah secara kebetulan kerana sekarang ini tengah musim demam dan saya tidak mendapat rehat yang cukup sejak sebelum teater Uda dan Dara sehinggalah hari ini.

"Ia tidak ada kena mengena dengan desas-desus yang mendakwa saya sakit disantau atau terkena perbuatan orang. Itu tidak betul sama sekali, tak baik berfikir yang bukan-bukan," katanya.

Farid Kamil kini sudah besar kepala



Farid Kamil pelakon lelaki popular yang selalu digandingkan dengan Lisa Surihani ni dengarnya sudah besar kepala sekarang gara-gara Farid Kamil gagal untuk datang rakaman program raya astro Prima berjudul Kampung Prima: Babak 105 baru-baru ini… Bukan sahaja gagal untuk datang, malah Farid Kamil juga gagal untuk dihubungi sehingga menyusahkan seluruh kru produksi dan pelakon-pelakon lain.. Jom kita baca apa kata Penerbit Eksekutif, Nizam Hamid ni..

“Petang sebelum rakaman, dia ada di Astro dan kami sudah ingatkan dia tentang rakaman ini, tetapi malam selepas buka puasa dia gagal dihubungi. “Perkara ini memang agak menyusahkan seluruh krew produksi, kami terpaksa tukar balik skrip asal yang ditulis untuknya.”

“Kalau betul dia ada masalah seharusnya beritahu kami awal agar persiapan lain boleh diatur. Dia juga perlu tahu tanggungjawab dia sebagai wajah ekslusif astro, Kami tidak tahu apa tindakan yang akan diambil kepada mereka yang tidak berdisplin kerana ia adalah di luar bidang kuasa kami tetapi kami akan keluarkan surat aduan kepada mereka.”

Dengarnya sebelum ni, Farid Kamil memang sudah ada masaalah displin terutamanya bab-bab menjawab panggilan telefon dan membalas SMS yang dihantar kepadanya. Cuma baru sekarang benda ni terjadi kat pihak Astro sendiri… Farid Kamil sudahpun dipanggil oleh pihak Astro untuk memberi penjelasan kenapa dia tidak dapat hadir tempoh hari… Kita tunggu je la apa reaksi Farid Kamil ni nanti..

MyGosip harap Farid Kamil dapat jadikan perkara ni sebagai pengajaran.. Farid Kamil antara pelakon lelaki yang sangat berbakat.. Sayang sekali kalau benda kecik macam ni bakal menjatuhkan karier lakonan dia nanti..

Wednesday, August 11, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Pelajar Rakam Aksi Lucah Di Surau


Dah buang tebiat agak’nya, kali ini pelajar dari Serawak pula buat hal dengan merakam aksi lucah mereka di surau, memang kurang ajar! Aksi seks oral tersebut telah dilakonkan oleh pelajar tingkatan 2 di sekolah berkenaan ketika guru-guru sibuk menghadiri mensyuarat akhir tahun.

Video tersebut juga jelas memaparkan lencana sekolah yang terdapat pada tudung pelajar perempuan terbabit, manakala pelajar lelaki pula sibuk dengan tugas mengarah & merakam. Pelajar perempuan tersebut telah dipindahkan ke sekolah lain kerana malu, manakala si lelaki’nya pula masih kekal di sekolah yang sama.

Nampak’nya, pelajar zaman sekarang sudah tidak mengira tempat untuk melampiaskan nafsu, asalkan dapat lepas sangap. Kalau surau yang sepatut’nya dijadikan tempat beribadat & belajar pun telah dicemari dengan maksiat, apakan pula di tempat-tempat lain?

Buat yang mencari video 3gp pelajar Serawak ini, sorry der.

Raja Azura Diambang Penceraian??

Sejak beberapa hari ni kecoh yang penyampai radio Sinar FM, Raja Azura bercerai dengan suami’nya. Tetapi apabila ditanya oleh pihak media. Raja Azura menafikan bahawa dia and suami’nya mempunyai sebarang masalah. Malahan mengatakan hubungan mereka semakin akrab.

Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.

Diharap Kak Engku cepat la selesaikan masalah peribadi itu. Pendengar Sinar FM dah rindu nak dengar suara Kak engku setiap pagi.

Wednesday, August 4, 2010

Farid Kamil Muncul Telinga Bertindik

Farid tampil dengan kedua-dua belah telinganya bertindik di majlis pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan di ibu kota, Isnin. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

TIDAK pernah sekali pun melihat aktor Farid Kamil tampil dengan kedua-dua belah telinganya bertindik di khalayak.

Bagaimanpun dia sanggup melakukan perkara itu demi menjayakan watak Kasyah dalam siri Lagenda Budak Setan.

Penampilan baru Farid dengan telinga yang bertindik itu dilihat pada malam pelancaran drama 26 episod itu di Teeq Brasserie, Bukit Bintang, Isnin.

Drama itu akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) mulai 10 Ogos ini, setiap Selasa, pukul 10.30 malam.

Kata pengarah muda itu, penampilan tersebut hanya boleh dilihat dan istimewa pada malam itu sahaja.

“Saya memakai subang di kedua-dua belah telinga untuk menjayakan pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan pada malam ini sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Sesuai dengan watak Kasyah, pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain begitu menepati dan kena dengan penampilan pemuda yang dikaitkan dengan aktres Diana Danielle itu.

Sebelum ini, Farid menyimpan kemas kisah cintanya dengan aktres muda itu dan mungkin dia sudah bersedia untuk merungkai segala-galanya memandangkan kekasih hatinya itu dikatakan pernah memakai subang berhuruf F dan K mewakili nama Farid Kamil di kedua-dua belah telinganya.

Puas dipujuk, nampaknya teka-teki itu masih belum terjawab memandangkan Farid enggan memberikan apa-apa komen. Alasannya, dia lebih senang bercakap soal karier berbanding cinta.

Bercerita mengenai lakonannya dalam siri itu, Farid akui banyak perubahan yang dilakukan. Antaranya, Farid tampil dengan rambut pendek berbanding dalam filem berkenaan.

“Siri ini lebih menyeluruh dan melankolik. Corak persembahannya juga sama sekali berubah. Jadi, saya sampaikan seperti apa yang terdapat dalam novel.

“Tahap lakonan saya masih sama seperti dalam filem tetapi untuk siri ini kita kembangkan plotnya. Jadi, ada sesetengah babak lakonan saya dalam siri ini tak pernah dipaparkan dalam filem sebab siri ini menceritakan tentang watak Kasyah dari zaman kanak-kanak, pelajar sekolah, pelajar kolej sehingga alam dewasa,” ujarnya.

Selain Farid, pelakon lain yang turut menjayakan siri arahan Along Kamaruddin itu adalah Maslina Nasir sebagai Ayu, Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Ngasriah Ngasri (Suzana).

Melihat senarai pelakon ini, Farid tampil sebagai ‘tiang seri’ memandangkan semuanya merupakan muka baru cerita yang diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan hasil tulisan Ahadiat Akasyah.

“Saya rasa seronok dengan pengalaman baru ini apabila berpeluang bergandingan dengan pelakon-pelakon muda dan baru. Cerita ini mengangkat budak bernama Kasyah dan saya perlu membawa ceritanya.

“Jadi sama ada wajah baru atau lama, pelakon-pelakon itu hanya aksesori yang mencantikkan jalan ceritanya. Apa yang saya lihat, gandingan bersama-sama mereka sesuai dengan penayangan cerita ini di televisyen.

“Saya berharap impak penonton yang diberikan kepada siri televisyen Lagenda Budak Setan ini sama dengan impak menerusi filem,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Apokalips.

Farid memikul watak utama bernama Paduka Ayahanda X dalam filem arahan sutradara Mamat Khalid itu.

Filem itu menceritakan tentang beberapa kumpulan manusia yang hidup ketika zaman 2046 selepas perang dunia nuklear.

Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kreatif (Seni Layar) itu juga sedang menantikan kemunculan filem lakonan dan arahannya, Kongsi termasuk dua buah filem lakonannya yang lain, Cuti-Cuti Cinta dan Aku Masih Dara di mana kesemuanya diterbitkan oleh Metrowealth Movies Productions.

Isu Rumah Tangga : Raja Azura Cuti Mengejut

PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin,38, tidak hadir bertugas pagi Rabu selepas berita keretakan rumah tangganya disiarkan di kebanyakan akhbar.

Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.

“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti.

Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura.

Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.

RAJA Azura dan Adzmin Tan Sri Osman ketika pernikahan mereka pada Mac 2001. - Foto UTUSAN

Difahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.

Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan.

Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.

“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya

Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim,7 dan Puteri Mkia Maizurah,4.

Usaha Mstar Online menghubungi Raja Azura juga gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan.

Sponsor Link

 
template by free-web-template.blogspot.com