Tuesday, July 27, 2010

Hukuman Editor Muzik Peterpan Lebih Berat


Ariel (kiri) dan Luna Maya. - Foto AFP

EDITOR muzik Peterpan, Alias Redjoy atau lebih dikenali sebagai RJ akan menerima hukuman lebih berat kerana mencuri dan mengedar video lucah yang membabitkan penyanyi kumpulan itu, Ariel.

"Hukuman RJ akan berbeza dengan Ariel. Dia mengedarkan video lucah itu, maka lebih berat hukumannya," kata jurucakap polis, Marwoto Soeto kepada detikhot.com, Selasa.

Ariel, Luna Maya dan Cut Tari tidak didakwa di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia kerana ketiga-tiganya tidak menyebarkan video itu.

Sementara RJ didakwa sebagai penyebar video lucah tersebut yang membuat masyarakat menonton video berkenaan.

RJ difahamkan telah memiliki video tersebut sejak tahun 2007 tetapi tidak pernah menyebarkannya.

Bagaimanapun, kenalan RJ iaitu Anggit dipercayai telah mencuri dan menyebarkan video tersebut.

"Sama ada terdapat unsur sengaja atau tidak itu nanti akan diperiksa kembali," jelas Marwoto.

Thursday, July 22, 2010

Peterporn: Sandra Dewi pula dikatakan terbabit ?

Seorang lagi aktres jelita Indonesia dilaporkan terbabit dengan skandal seks vokalis Peterpan, Nazril Ilham alias Ariel, namun kali ini ia membabitkan hanya gambar lucah pelakon tersebut.

Gambar-gambar berani Sandra Dewi, 26, dikatakan terdapat dalam komputer riba milik Ariel, yang turut memuatkan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari sebelum ini.

Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana sebarang maklumat daripada komputer riba itu adalah sebahagian daripada penyiasatan yang perlu dirahsiakan.

“Kalau soal itu saya tidak mahu mengulas. Kalau benar sekalipun, saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenainya,” tegas jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada pemberita.

Polis juga enggan mengulas tentang khabar angin wujudnya 23 video lain dalam komputer riba tersebut.

Sementara itu, Luna Maya hari ini diperintah melapor diri dua kali seminggu di ibu pejabat polis selepas dinamakan sebagai suspek, sehingga kes itu dibicarakan di mahkamah.

Namun Cut Tari dikecualikan kerana memberi kerjasama dan pengakuan terlibat dalam kes video seks yang menggegarkan Indonesia itu.

Peguam kepada Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan, di antara ketiga-tiga selebriti yang menjadi suspek kes video itu, hanya Luna Maya yang dikehendaki melapor diri dua kali seminggu.

“Yang wajib lapor itu hanya Luna Maya kerana yang saya tahu dari ketiganya baru Cut Tari sahaja yang mengaku,” katanya.

Hotman kini sedang mempersiapkan Surat Perintah Penghentian Penyiasatan (SP3) terhadap kes anak guamnya itu yang mana dia menegaskan undang-undang pornografi tidak boleh dikenakan kerana rakaman dibuat pada tahun 2006 sedangkan undang-undang itu dikuatkuasakan pada 2008.

Friday, July 16, 2010

Farah asyikin bertunang untuk lelaki ke 6 yang melamarnya

Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu. Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya.
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. -mStar

Gambar skodeng abby abadi dan-zul ariffin

Bukan setakat di Hollywood sahaja ada paparazi ni, kat Malaysia pun ada juga. Memang berani sungguh kerja paparazi ni, sanggup meredah apa jua untuk mengambil gambar artis dalam artis berkenaan sedari. Itulah yang berlaku kepada pasangan 'kawan' Abby Abadi dan Zul Ariffin ketika mereka membuat aktiviti riadah pada waktu pagi (mungkin hari Ahad). Tapi Abby sepertinya tak bersenam, mungkin cuma menemankan Zul sahaja kot. Zul pun tangkap lentoklah dengan berpakaian seksi dedah aurat depan Abby. Fuh~

Thursday, July 8, 2010

saatsaat indah fasha sandha bersama

Umum dah tahu yag Fasha dah umukan penyataan yang dia dengan Jejai adalah sepasang kekasig yang 'sah'. Jadi takda spikulasi lagi diantara mereka berdua nie kalau mereka saling menafikan dan gambar menjadi bukti segala-galanya mengenai mereka berdua. Gambar dibawah ini adalah saat-saat indah Fasha dan Jejai. Sungguh romantik gitue. Jejai nampaknya tidak mengatal sangat. Jadi percepatkan lag proses pernikahan tue. :)

Monday, July 5, 2010

Panas ashraf muslim seorang playboy?

Peminat Artis: aku dengar ramai yang memuji mamat nih...muka ensem la...baik budi pekerti la...tapi ni aku dapat citer yang tak best la pasai mamat nih....dengar kata sejak dua menjak dah single pas break ngan pelakon sherry tu...dia ni dok ngayat ramai pompuan...dulu ainul aishah tu....pas tu kuar kat media dia bercintan cintun ngan pelakon linda hashim.....pas tu kuar lak gossip kat cari pasai dia dating kat papa rich tu....and the latest, kawan aku citer, dia seopis ngan budak pompuan ni....

si ashraf ni berkapel lak ngan editor sebuah majalah yang agak glamer....no wonder boleh jadi front cover magazine tuh....and pada masa yg sama masih lagi menerai pelakon linda tu....dan kuar dating ngan budak baru pas spm yang dia dating kat papa rich tu....aku heran...muka baik cam ustaz....tapi tetap boyeee -Cari

Penulis: Biarlah dia nak dating ngan saper pun, nak mengorat saper pun atau nak mengayat saper pun... yg penting dia masih single ... bujang trang-tang-tang..... yg tak tahan dengar kalau dah umur separuh abad.. anak dah berderet..tapi ada ati nak try masuk daun...yg tu memang tak bleh blah...

Thursday, July 1, 2010

Confirm! : Ariel Peterpan Masih Hidup & Riang Di Dalam Penjara

No no, Ariel Peterpan tidak mati akibat overdose seperti khabar angin yang di’sampaikan oleh Rotikaya. Semua’nya hanya’lah gurauan sesetengah pihak yang hampir mati kebosanan dengan kes video lucah Ariel Peterpan yang tiada penamat.

Ariel yang berbaju putih dan seluar pendek kelihatan amat akrab dengan banduan-banduan yang lain di dalam sel. Secara kasar, Ariel seakan enjoy menghabiskan masa bulan madu’nya disana, mungkin juga merancang konsert jelajah ke seluruh penjara di Indonesia nanti.

Dengar cerita juga, Ariel tidak sihat akibat terkena buatan orang. Dan, video seterusnya bakal menampilkan BCL sebagai heroin dalam video epik milik mereka. Watch out Ashraf Sinclair!

(Gambar) Baby Res2, Pegang Anjing & Buah Dada’nya Yang Separuh Terkeluar

Ini cerita artis suam-suam expired, iaitu mengenai Baby daripada Kumpulan Res2 yang sekali pandang, mak aii.

Bukan setakat penampilan’nya yang seksi, malah ada juga gambar yang menampilkan Baby Res2 memegang anjing yang bernajis mughallazah itu.

Rasa’nya, umur Baby Res2 pun bukan’lah muda lagi ala-ala zaman 20-an, sepatutnya sudah sedar & sensitif dengan tanggapan orang sekeliling. Ini tidak, bukan main lagi di show off‘nya gambar-gambar yang sepatut’nya dijadikan koleksi peribadi.

Nak geleng kepala pun tak boleh, nak angguk pun tak boleh. Ternganga sahaja’lah kami d

Fahrin ahmad bersama wanita misteri

Pada tarikh 27 Jun 2010 yang lalu, telah diadakan satu sukan Marathon Standard Chartered yang diadakan di Kuala Lumpur. Ramai juga peserta yang ikut dalam dan juga luar negara. Tapi dalam kebanyakkan peserta-peserta tu, ada juga terselit kelibat aktor kacak, Fahrin Ahmad dengan seorang wanita. Wanita itu kelihatan seperti orang Cina. Mungkin ramai yang mengatakan itu hanya rakan biasa Fahrin, memandangkan masa Marathon tu dia dan wanita berkenaan mungkin bersembang-sembang ketika berlari. Tapi kenapa mesti wanita berkenaan??

ashraf sinclair minum arak?

Dah lama kita tidak mendengar kisah mengenai artis kita yang dah pergi ke negara seberang si Ashraf Sinclair. Mungkin dia dah bahagia hidup di sana dan lebih tahu selok belok kehidupan disana. Tapi yang paling mengemparkan baru-baru ini, ada gambar yang menyerupai atau mirip artis ini minum atau teguk botol arak. Memang tak boleh cam 100 percen sebab gambar adalah daripada bahagian tepi. Jadi adalah sukar untuk mengenal pastinya, namun daripada sudut itu bolehlah dikatakan wajah Ashraf Sinclair. Wallahualam.

Sponsor Link

 
template by free-web-template.blogspot.com