Wednesday, April 28, 2010

(TAHNIAH)Eizlan Yusof Dan Vee Dapat Anak Lelaki



Dalam senyap-senyap Eizlan Yusof dan isterinya Vee rupa-rupanya dah dapat seorang anak lelaki baru-baru ini. Nampak sihat dan segar jer bayi mereka berdua. Tahniah kami ucapkan. Semoga makin murah rezeki dengan kehadiran cahaya mata yang baru ini. Besar nanti confirm anak diorang akan hensem macam ayahnya jugak.
Kami sebenarnya suka dengan Eizlan Yusof dan Vee sebab mereka berdua kurang kontroversi. Dua-dua nampak bijak melayari rumah tangga. Tak ada keluar cerita-cerita kurang enak didengar. Semoga perhubungan begini akan terus berkekalan. Tahniah sekali lagi dari BeautifulNara atas kelahiran cahaya mata baru anda berdua.

Bunga Citra Lestari Sudah Hamil 4 Bulan


Patutlah sunyi sepi jer Ashraff Sinclair ngan Bunga Citra Lestari semenjak 2,3 bulan nie. Rupa-rupanya Bunga Citra dah pun mengandung. Sekarang nie kandungan Bunga sudah pun mencecah 4 bulan. Tahniah buat kedua-dua pasangan mempelai nie. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga saat kelahiran nanti.

Harap-harap lepas nie Bunga taklah terlalu aktif berlakon atau berjalan-jalan macam dahulu. Duduk kat rumah je. Dari apa yang kami dengar, perempuan kalau mengandung anak pertama memang meletihkan sangat-sangat. Almaklumlah nak membawa perut yang membesar tue ke hulu hilir. Confirm cepat pancit.

Antara tips-tips yang kami dapat daripada kawan-kawan yang ada bini mengandung ialah seperti jangan pakai kasut tinggi, jangan beraksi ganas sampai terjatuh sana sini dan sebagainya lagilah. Kalau korang ada tips-tips untuk ibu mengandung, leh sharekan kat sini sekali. Mana tau Bunga terbaca leh dia applykan nanti.

Sekali lagi tahniah dari kami buat Bunga Citra dan Ashraff atas berita baik ini. All the best ~~~

Monday, April 26, 2010

Yasmin Hani Bercinta Dengan Yusry KRU?


Mungkinkah Yasmin Hani dan Yusry KRU akhirnya telah menjumpai pengganti cinta untuk diri masing-masing ? Seorang pembaca BeautifulNara telah menghantar email kepada kami yang menyatakan dia telah terserempak baru-baru ini dengan Yasmin Hani dan Yusry KRU di Midvalley Megamall. Peristiwa terjadi di eskalator di mana Yusry KRU dengan style memakai topinya turun terlebih dahulu diikuti dengan Yasmin Hani. Dilaporkan yang muka kedua-duanya agak ketat dan masam. Mungkin baru lepas bergaduh manja?

Tapi kami taknak serkap jarang. Mungkin juga Yasmin Hani dan Yusry KRU bertemu di Midvalley untuk membincangkan projek filem terbaru terbitan KRU. Berkemungkinan besar yang Yusry ingin melamar Yasmin Hani menjadi heroin dalam filem terbarunya. Atau mungkin mereka berdua terserempak masa tengah bershopping. Daripada shopping berseorang, baik shopping berdua kan?

Apa-apa pun kalau betul Yasmin Hani dan Yusry KRU bercinta pun tak ada apa yang salah. Dua-dua pun single mingle. Dua-dua pun sama cun dan sama kacak. Dua-dua pun ada nama. Kiranya memang matching habis la. Kami rasa peminat Yasmin Hani dan peminat Yusry KRU pun takkan rasa bengang kalau diorang dua nie couple. Tak gitu?

Apa-apa pun doakanlah yang terbaik buat Yasmin Hani dan Yusry.

Sunday, April 25, 2010

Hafiz AF7 dan Fifi Azman dah putus?


Ini adalah gosip yang baru sahaja mendapat masuk dalam telinga penulis mengenai status hubungan bekas pelajar Akademi Fantiasia musim ke-7, Hafiz dan Fifi Azman kini dah retak ataupun dah 'break' dalam bahasa percintaan. Walaupun dahulu kisah mereka benar-benar sensasi dalam majalah dan media tempatan beberapa bulan yang lalu, kini keserasian itu sudah makin tiada dan bakal lenyap dalam beberapa masa lagi. Ini diakui lagi oleh sumber-sumber local yang mengatakan ianya benar dan betul.

Kebuktian ini sukar disangkal, ada satu media mengatakan ianya benar-benar berlaku (ntahlah media yg mana satu mengikut sumber ni). Selain itu situasi hubungan mereka juga terbukti bila performance hafiz masa showcase astro lepas mendapat pujian ramai. boleh lah dianggap sebagai 'his best performance since a long time'. Hampir kesumua fans Hafiz gembira melihat perkembangan ini, dimana Hafiz dikatakan mediamkan diri sebelum itu. Cuba lihat Facebook milik Fifi, untuk melihat perkembangan lanjut.

Host rancangan tv buat hal di Litar Sepang?


Luahan Peminat: Perangai tak senonoh hos TV sorang ni memang dah banyak kali Ad Lib dengar. Dah naik bernanah telinga Ad Lib tiap kali dengar cerita-cerita 'kenakalan' hos sorang ni. Sebelum ni, hos berstatus ibu tunggal ni pernah didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga sorang aktres jelita tu. Tak cukup tu, hos ni juga pernah buat hal ketika datang untuk ditemubual di syarikat penerbitan sorang kawan Ad Lib tu.

Sejak hari tu, dia bukan sahaja digelar 'selebriti gatal', malah dapat satu lagi cop mohor, iaitu selebriti hipokrit!Mana taknya, bila kawan Ad Lib tu tanya tentang teman istimewa, mati-mati dia menafikan. Kononnya, nak tumpukan pada anak dan karier. Hmmm... jawapan standard artis, kan?! Walaupun, kawan Ad Lib yang pernah interbiu hos tu rasa macam nak 'termuntah' je bila dengar pengakuan 'tulus ikhlas'nya tu. Hakikatnya, baik Ad Lib mahupun sumber tu tak kisah dan tak ambil peduli pun dengan siapa dia nak bercinta. Dia punya pasallah.

Tapi yang buat Ad Lib geram tu, masa ditemubual oleh kawan Ad Lib sebelum ni, bukan main lagi dia menegaskan dia masih solo. Sedangkan pada sesi tu, jejaka yang sama turut hadir menemankan hos tu. Apa cer ni? Tak sampai sebulan pun hos jelita tu mengaku dia tengah solo, tiba-tiba sorang lagi sumber Ad Lib terserempak dengan hos tu di perlumbaan sukan F1 yang diadakan di negara kita, baru-baru ni. Kata sumber tu, terkejut beruk bila dia tengok hos tu beraksi lebih hebat dan memukau daripada perlumbaan kereta-kereta F1 tu.

Bukan main lagi, hos tu berpeluk sakan dengan penuh mesra dengan sorang jejaka yang dicanang sebagai pengurusnya selama ni. Wah... nampaknya pengurus tu sangat 'amanah' menjalankan tanggungjawabnya sehinggakan menjaga kebajikan jiwa dan raga hos tu sekali. Kata sumber tu, punyalah manjanya seolah-olah hos tu amat dahagakan kasih sayang dan belaian mesra daripada sorang lelaki. ‘Kesian’ juga sumber Ad Lib tu perhatikan tingkah-laku hos tu.

Aksi cintan-cintunnya tu benar-benar menampakkan dirinya yang kurang belaian kasih sayang. Tapi yang menjelekkan tu, perlu ke dia nak pamerkan aksi tu di Litar F1? Habis terganggu tumpuan sumber Ad Lib pada perlumbaan yang berlangsung tu dek drama kasih sayang sebabak yang dipersembahkan oleh hos dan buah hatinya tu. Babak berpeluk sakan tu satu hal, yang lebih buat sumber Ad Lib tu terbeliak biji mata bila melihatkan penampilan ‘berani mati’ hos tu. Maklumlah, perlumbaan tu berlangsung di kawasan panas terik, sah-sahlah semua penonton kepanasan. Dek kepanasan, hos tu dengan selambanya pun mula menanggalkan butang bajunya satu-persatu dan berhenti di satu checkpoint yang sangat ‘menakutkan’ untuk digambarkan.

Apa lagi, beristighfar panjanglah sumber Ad Lib tu sebab tinggal beberapa inci je lagi dah boleh nampak bahagian yang sangat sulit untuk Ad Lib huraikan kat sini. Rasanya, semua orang dapat bayangkan apakah bahagian sulit yang Ad Lib maksudkan tu. Kenapalah si hos tu tak reti nak jaga imej dan tingkah lakunya di kawasan umum macam tu. Ad Lib fahamlah acara tu bertaraf antarabangsa. Tapi itu bukan lesen untuk dia beraksi cintan-cintun dan berpakaian menjolok mata macam tu? Apa dia fikir dah cukup 'mat saleh' ke dengan penampilan macam tu?

Bukanlah Ad Lib saja-saja nak hentam hos tu cuma nak bagi pesan je agar hos tu lebih beringat di masa akan datang. Berani buat, beranilah tanggung, tak gitu?

Liza, isteri ajai selamat lahirkan anak



Pada hari Jumaat yang mulia kelmarin (23/4), jutaan tahniah diucapkan kepada komposer dan penyanyi Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 35, kerana isterinya, Norliza Mohamad Ilias, 37, selamat melahirkan bayi perempuan yang comel, petang Khamis. Syukur alhamdulillah kerana Liza melahirkan bayi itu secara normal yang diberi nama Danisha dengan berat 2.9 kilogram, jam 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Difahamkan Ajai yang sentiasa berada di sisi Liza sejak awal pagi, memaklumkan bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pakar perubatan. Begitupun dia amat bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan keduanya itu dilahirkan dengan selamat dan sihat. Ajai mahupun Liza, jelas terlalu gembira. .

Pasangan berkenaan berkahwin dengan meriah di Pulau Pinang, Ogos 2008. Sebelum ini Ajai mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan pertama bersama penyanyi seksi, Nurul Wahab. Semoga rezeki Ajai dan Liza akan bertambah makmur selepas ini. -hMetro

Aksi Porno Dhani, Mulan Jameela?





Mungkin aksi ini adalah untuk pembikinan video lagu duet antara Ahmad Dhani (Dewa) dan Mulan Jameela. Memang suatu aksi yang boleh dianggap keterlaluan dan boleh dianggapkan sebagai aksi porno yang menyamakan dengan aksi di buku aksi pelbagai seks 'Kamasutra'. Tapi yang ini bezanya adalah mereka memakai pakaian dan tidak bogel seperti dalam buku berkenaan. Tapi kalau mahu diimbas kembali, bukan mereka melakukan aksi porno berkenaan tapi mungkin Dhani mahu menolong Mulan dengan mengangkat pahanya diatas beban badanya yang diikat oleh tali. Huhu.

CREDIT PHOTO TO IZYAN.COM

Lan Pet Pet gurau lucah dengan Wangi?


Orang kata melawak biar kena pada tempatnya, kadang kala ianya boleh menimbulkan banyak spikulasi apatah lagi berkaitan dengan hal-hal sensitif. Mazlan Senario atau dikenali Lan Pet Pet memang sudah lama dalam dunia industri pelawak. Mungkin dia sudah semakin banyak belajar mengenai kesilapan dan berwaspada dengan apa yang dilakukan. Tapi kadang kala terkantoi juga lawak spontan lucahnya itu. Dia melakukan aksi berkenaan dengan Wangi daripada kumpulan The Fabulous Cat. Walaupun dianggap bergurau tapi sepertinya ada yang tak kena..

Sharifah Amani menghisap rokok?

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah dimengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani nie seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di interview oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau bukak fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok kat tangan dia.

Thursday, April 22, 2010

Koleksi Penuh Sambutan Hari Jadi Watie Elite










Sebelum korang layan gambar koleksi penuh gambar sambutan hari jadi Watie Elite nie, kami ada makluman terbaru yang menyatakan Watie terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kena penyakit hepatitis.

Dengar ceritanya, penyakit hepatitis nie agak bahaya dan boleh membawa maut. Harap-harap Watie cepat sembuh dan dapat menyambut hari jadinya tahun ini. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Dulu kami ada keluarkan gambar Watie Elite menyambut hari jadinya tapi tak berapa lengkap gambarnya. Setakat ada 5,6 keping gambar jer. Orang kata setakat gambar bakar line jerlah.

Tup-tup hari ini ada orang hantar sampai 24 keping gambar sambutan hari jadi Watie Elite kat kami. Nak tak nak terpaksalah kami kongsikan. Amik yang baik dan buanglah yang mana buruk. Layan ~~~~~~~~

Lagi gambar sambutan hari jadi Watie Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Anniversary Party Birthday

If you are planning an anniversary party then finding the right venue is so important to the success of your party, here are the top 5 tips on how to find the perfect venue for you.


Think about who the party is for, where would they be the most comfortable and at ease, what type of anniversary party would they like? If they would most enjoy an intimate family dinner then look at finding the best restaurant or hotel where they can enjoy that. If they love to dance, then where has room for a dance floor and a band or DJ that they would enjoy?
Now you need to think about the guests that will be invited and the numbers! You will want a venue that will comfortably hold all of your guests and that has all of the facilities you need. Do you need accommodation for guests that are traveling to your anniversary party? Do you need extra room for small children to run around? Do you need outdoor space?
Next think about your budget and stick with it! Compare apples with apples when you visit venues, in other words compare the prices of the same things. Some venues will quote with tax, others will not. Some will include room hire, others will not. Look at the total price quoted and make sure it has everything that you want within that quote.
You will also need to think about the location of the venue, is it easy to get to? Would you need to provide transport for your guests? You don't want to make your anniversary party difficult to get to, you want it to be in the right place.
Last and definitely not least, how flexible is your venue? Are they bending over backwards to help you plan the best anniversary party? Are you happy with the people that will be running your event? Do you think you can work with them? If you are then this will make planning your anniversary party so much easier and fun!

Sunday, April 18, 2010

Ramona Zamzam Dan Sahee Samsuddin



Ingat lagi tak dengan Ramona Zamzam? Memang diakui dia agak kurang popular berbanding Lisa Surihani walaupun mempunyai pakej yang agak lengkap. Muka cantik, comel dan masih muda lagi. Kalau korang tak ingat, mungkin boleh tengok balik gambar Ramona Zamzam berlagak ala lesbian yang dulu pernah kami keluarkan. Sila tengok gambar tue dulu sebelum layan artikel ini.

Hari ini terbuktilah yang gambar Ramona Zamzam dulu tue hanyalah menunjukkan kemesraannya dengan kawan-kawan perempuan. Nampak gaya dari kemesraan Ramona dan lelaki yang dikenali sebagai Sahee Samsuddin nie, mereka berdua sedang asyik dilamun cinta. Sahee Samsuddin nie adalah salah seorang pelakon dalam drama Puaka Gunung Raya. Buat masa sekarang nie masih kurang popular, tapi rasanya tak lama lagi bakal meletup. Kira handsome jugaklah mamat nie.

Kami doakan yang terbaik buat Ramona Zamzam dan Sahee Samsuddin. Dua-dua sama cantik dan sama padan. Cute couple lah kiranya nie. Lagi gambar Ramona Zamzam dan Sahee Samsuddin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kalau korang nak tengok lagi gambar Ramona Zamzam yang agak comel nie boleh bagitau kat ruangan komen. Ada lagi gambar-gambar dia yang dihantar oleh pembaca kami. Thanks sebab sudi berkongsi info.

Video Kemalangan Achik Spin



Achik Spin sempat dikeluarkan sebelum meninggal dunia. Kalau anda dengar ada khabar-khabar angin cakap Achik Spin tersepit dalam MPV tue, rasanya semua tue tak betul. Jadi jangan buat cerita-cerita mengarut. Tak elok tambah-tambah lagi Achik Spin dah meninggal dunia. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

Friday, April 2, 2010

Gambar Pengebumian Din Beramboi (al-Fatihah)














Meninggal pada Jumaat jam 1230 pagi waktu malaysia .


Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan .

Punca : Demam Denggi Berdarah .

AL - FATIHAH UNTUK ARWAH................

Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia, Al-Fatihah


Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

-berita dari Mstar-

*akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan Kepong sebelum semayang Jumaat, sesiapa yang ada kelapangan marilah pergi*

*tiada update untuk mybikerz hari ini sebagai tanda takziah kepada kami kepada Din Beramboi

Sponsor Link

 
template by free-web-template.blogspot.com