Wednesday, February 20, 2008

Diana Danielle & Ibu..




Drama ‘Sembilu Kasih’ dan ‘Janji Diana’ seolah-olah telah membuka lembaran baru dalam hidup gadis cantik bernama Diana Danielle Danny Beeson. Usianya baru menjangkau 15 tahun, namun kematangannya cukup terserlah apabila berbicara tentang kehidupan dan juga masa depannya.

Sebelum wataknya diperhebatkan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Danielle ini hanya memegang watak picisan dalam drama tersebut. Sungguh pun begitu, peluang mempamerkan bakat dalam bidang lakonan yang diberikan oleh pengarah berkaliber, Datuk Yusof Haslam dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Jadi, tidak mustahil tidak lama lagi gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini akan muncul sebagai antara pelakon drama televisyen terlaris!

Sejak berusia sembilan bulan lagi Danielle sudah didedahkan oleh ibunya yang tercinta dengan dunia periklanan. Iklan lampin kanak-kanak adalah iklan pertamanya. Sejak dari situ, rezekinya tidak pernah putus. Sudah berpuluh buah iklan yang dibintanginya. Antaranya ‘Telekom’, ‘Johnson & Johnson’ dan ‘Canon’. Selain iklan televisyen, dia juga terlibat dengan iklan ‘billboard’.

“Mama Danielle adalah tunggak segala-galanya. Malahan, sejak kecil lagi dia sudah dapat membaca segala minat dan juga kemahuan Danielle. Ketika berumur sembilan tahun, mama berikan Danielle peluang untuk mencuba bakat dalam bidang lakonan. Dalam filem ‘Idola’, Danielle menjadi anak kepada pelakon Norman Hakim. Bermula dari situlah Danielle mula menerima banyak tawaran berlakon. Tetapi, mama mahu Danielle tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. Demi masa depan, Danielle akur,” ujarnya memulakan perbualan.

“Sungguh pun begitu, minat untuk menceburi bidang lakonan ini tidak pernah terkubur. Keinginan tersebut masih ada dan begitu kuat sekali. Kebetulan, sewaktu Uncle Yusof Haslam membuat penggambaran drama ‘Janji Diana’ di rumah Danielle, dia cuba ‘approach’ Danielle. Mana lah tau kot-kot Danielle ni minat berlakon. Masa tu Danielle tak tau nak cakap apa, sebab malu walaupun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Danielle. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan dari mama, barulah Danielle berani memberikan kata putus. Maklumlah Danielle ni masih lagi belajar,” tambah Danielle panjang lebar. (sumber Majalah Remaja)

Danielle kini dikatakan sedang keluar bersama anak Dato’ Yusof Haslam.

No comments:

Sponsor Link

 
template by free-web-template.blogspot.com